Isnin, 1 Julai 2013

Sudut Kesihatan: Minuman Untuk Penyakit Kronik

Bismillah walhamdulillah, segala puji bagi Allah S.W.T Tuhan sekalian Alam. Selawat dan salam buat junjungan mulia nabi kita Nabi Muhammad s.a.w.

Alhamdulillah, pada entri kali ini, saya berasa suka berkongsi suatu ilmu yang penting untuk kesihatan badan. Memandangkan kerap kali kita dengar masalah penyakit kronik dan sukar diubati sehingga memakan masa yang lama untuk sembuh. Insya Allah, saya akan ulas sedikit sebanyak berkenaan dengan penyakit yang boleh diubati ini.

*****************



Kesihatan sebahagian daripada nikmat Allah. Kesihatan yang baik mampu mengawal sistem imuniti badan dengan baik dan membawa emosi yang lebih positif. Insya Allah, antara cara-cara mengelak dan mengawal penyakit ialah dengan meminum air dengan kadar sepatutnya serta melakukan aktiviti ringan selama 20 minit berturut-turut. Caranya dengan: (seminggu 2 kali-> 3 hari sekali)

1. minum air suam secawan tambah sesudu kecil air tawar yang dibaca ayat quran 30 juz. niatkan supaya  dapat kesembuhan.
2. buat senaman pernafasan. tarik nafas, tahan sekadarnya dan hembus perlahan-lahan sambil mengalih kepala ke kanan dan ke kiri. (sambil niat dalam hati: Bismillahi Allahu Akbar) selama 5 minit pertama.
3. renggangkan otot badan dengan berjalan dan berlari setempat sambil zikir subhanallah selama 4-5minit.
4. senaman ringan seperti depakan tangan dan gerak ke atas dan kembali depa kemudian gerakkan tangan ke depan sambil zikir alhamdulillah. Kaki dalam keadaan seolah-olah berbasikal. 5-10 minit.
5. baring dan letakkan tangan atas perut sambil angkat dua-dua belah kaki berselang seli selama 5 minit. dan akhirkan dengan bernafas sambil zikir lailaha illallAh.

Alternatif lain bagi penghidap penyakit kronik seperti buah pinggang, lemah jantung, kencing manis dan darah tinggi, ana syorkan agar meminum air jus pisang + betik. Minum sebelum makan pagi.

cara-cara membuat jus:

- segelas air biasa tambah satu biji gula batu. kacau hingga sebati.
- sediakan sebiji pisang dan sepotong betik muda (ikut banyak mana).
- kisarkan dengan 'blender' campur dengan air yang telah sebati bersama gula tadi.
- tapis dan hidang untuk pesakit setiap waktu sarapan atau waktu makan tengah hari.

pesakit yang kritikal, boleh amalkan jus ini selama 3-5 minggu. sambil lakukan aktiviti berjalan setiap hari sepanjang 200meter. selawat sepanjang perjalanan dan minta agar Allah beri kesembuhan pada penyakit yang dialami.

pilihan lain: (buat semua)- selama 4-7 minggu

1. minum sesudu kecil minyak olive tambah sebiji perahan limau kasturi. minum setiap selepas makan pagi dan malam. baca surah al-fatihah pada campuran tersebut sebelum minum.

2. pakai bau-bauan yang disenangi air wangi atau sebagainya. (sentiasa) sebaiknya minyak kasturi.

3.  minum air kosong segelas sebelum tidur.

4. kurangkan minuman bergula dan bergas tidak boleh.

5. makan air zamzam (sesudu besar) bercampur telur separuh masak sebiji. (pagi sahaja)



pilihan lain: 

minum air barli tanpa gula. barli dikisar dengan segelas air yasin.
minum setiap pagi dan petang.

sebelum tidur minum air suam campur biji sauda' 11biji. baca al-fatihah sebelum minum dan selawat syifa'.

lakukan aktiviti ringan seperti berjalan selama 5-10 minit setiap hari.


****************
Insya Allah, akan sembuh jika istiqamah. elakkan ubat-ubatan yang mengandungi kimia berlebihan. seperti ubat tahan sakit.


Khamis, 13 Jun 2013

Selingan Santai: Dah Bulan Syaaban Dah Ni, Tak Lama Lagi Dah Ramadhan...Puasa Dah Ganti..???



Ahlan-ahlan ya ramadhan, gembira sungguh bila ramadhan bakal tiba. Mana tidaknya, bulan-bulan lain tak 'sespecial' bulan ni. Tambah-tambah bila kena ganti puasa, hmm..'tak terbayar, kalau..?'

Ibadah wajib dan khusus fardhu ain yang mesti kita pelajari dan fahami untuk pelaksananaan semasa beribadah.

Hmm, pastikan kita 'Alert' bab-bab sebegini supaya tiada lagi istilah lupa dan leka dengan urusan yang menjadi kebiasaan kita.

Jadi, saya ingin tekankan jika hendakkan kualiti dan nilai ibadah yang 'mahal' (sah dan menepati kefahaman agama), pastikan kita jangan lalai dalam mengingati yang wajib bagi kita dan yang wajib itu pasti disertakan dengan ilmu yang betul. Berpesan pada diri dan sahabat, Jom Belajar & Tingkatkan Kualiti Pembelajaran Dengan Hasil Kualiti Yang Baik.

******************************


Kesimpulannya:

Wajib ganti @ qadha' puasa bagi yang berkemampuan dan bebas daripada uzur yang dibenarkan syara'.
masalah feqah yang lain boleh rujuk kitab atau sumber-sumber yang sohih. ^__^

"Rujukan Daripada Sekeping Kertas": Mengubah Diri Menerusi Iktibar 'Hijrah'

Bismillah walhamdulillah, catatan terakhir tentang "Bagaimana 'Mahu itu' Menjadi Satu Tuntutan".

Melihat pada pandangan alam daripada sudut berbeza (wajah kehidupan); Kenapa Kita Perlu Berubah. Nota ringkas ini membuat kita akui akan suatu suratan "Takdir" yang tidak akan terlepas untuk kita ambil iktibar daripadanya. Disini, saya masukkan sedikit 'akuran minda' hasil nota yang saya dapat. Sahabat-sahabat yang dikasihi, antara sebab-sebab "Mengapa Kita Perlu Berubah" ialah:

* Mati itu pasti
* Sakit mendatang
* Miskin menyebabkan kufur
* Kaya yang menyusahkan
* Usia panjang (nyanyuk)




Nota-nota ini mengingatkan saya tentang apa yang telah rasulullah 'sunnahkan' pada ummatnya. Teringatkah sahabat akan suatu kisah dimana rasulullah mendoakan baginda agar Menjadi Miskin?

Terlalu banyak fadhilat dan pengajaran daripada sunnah dan sirah baginda s.a.w. yang 'perlu' kita dalami dan fahami agar menjadi khalifah Allah yang benar.

*********************************

Syarat-Syarat Perubahan





1. Iman asas perubahan

Peristiwa Hijrah:
* Pembinaan akidah sebelum hijrah di rumah al-Arqam bin Abi Al-Arqam
* Kekuatan Asma' Bt Abu Bakar sanggup meredah kegelapan dan mendaki gua Tsur

Pengajaran:
Iman membuat manusia (hamba Allah) mampu menjadi kuat walaupun fizikal dilihat lemah.

2.  Mujahadah (Kesungguhan)

Peristiwa Hijrah:
* Ummu Salamah bersama anaknya salamah mengharungi padang pasir sejauh lebih 400km.

Pengajaran:
Kesungguhan membuat kita tetap dalam pendirian dan tidak mahu mengalah.

3.  Sunnah Rasulullah

Peristiwa Hijrah:
* Kisah Kecintaan Abu Bakar As Siddiq di dalam gua Tsur.
* Cara berjalan Abu Bakar ketika menempuh perjalanan ke Yathrib (Madinah)
* Limpahan Keberkatan di Kampung Ummu Ma'bad

Pengajaran:
Sirah Rasulullah menjadi tarbiyyah rohani dan memperlihatkan pengaturan strategi yang dipanggil plan jangka masa @ siasah serta  kemukjizatan nabi Muhammad s.a.w. membenarkan segalanya tentang rasulullah.

4.  Yakin Dengan Pertolongan Allah

Peristiwa Hijrah:
* Janji Rasulullah kepada Suraqah Bin Malik (boleh lihat penjelasan sirah oleh Dr Maza)

<a href="http://youtu.be/5t-Pf5nBM8E"></a>

Pengajaran:
Walaupun perkara yang dijanjikan oleh rasulullah itu perkara yang belum terjadi, tetapi kerana "Janji Allah Itu Pasti' membuat rasulullah meneruskan 'perjanjian' dengan cara yang memperlihatkan sebuah kemenangan dan peroleh janji yang benar daripada orang yang terpercaya.

5.  Redha Dan Sabar Dengan Ujian

Peristiwa Hijrah:
* Ujian sunnatullah dalam sebuah perubahan. (perjuangan dalam kehidupan)
* Ujian yang menjanjikan kesenangan di akhirat (negeri penuh ni'mat dan tiada penghujung)

Pengajaran:
Setiap kesusahan dan kesenangan di dunia bersifat sementara dan ni'mat disebalik kepayahan itu penuh dengan keni'matan setelah kita 'akui dan percaya sesungguh-sungguhnya' Bahawa Redha dan Sabar itu ubat pada ujian yang dialami dalam kehidupan setiap insan.

Percaya setiap sesuatu punya imbalan yang Allah limpahkan melalui rahmat dan rahimNya Allah.

6.  Pengorbanan

Peristiwa Hijrah:
* Suhaib Ar Rumi korbankan harta

Pengajaran:
Jika kita benarkan sesuatu asas sebuah kebenaran, pasti ada rintangan yang kita alami. Namun, percayalah setiap pengorbanan yang dilakukan adalah tarbiyyah buat diri dan penilaian buat hari 'esok'.

7.  Istiqamah

Peristiwa Hijrah:
* Pembinaan Masjid, Mempersaudarakan muhajirin dan ansar dan pembentukan piagam madinah.

Pengajaran:
Ukhuwwah dan Persaudaraan dapat dibina bila ada dasar akidah atas pengubudian yang 'satu' (Allah).
Masjid tanda kesatuan dan syiar Islam. Teguhkan hati dengan kesatuan akidah yang sejahtera.



Rabu, 12 Jun 2013

"Tak Terlambat Jika 'Mahu'......"

                                                                   بسم الله الرحمن الرحيم


Alhamdulillah, hari ini Allah beri kesempatan buat diri untuk menulis sedikit coretan "Tak Terlambat Jika 'Mahu'...."

Seperti kebiasaannya, setiap manusia ada kemampuan untuk berubah. Tapi, bagaimana kita nak alirkan kemahuan kita seiring dengan kemampuan kita supaya dapat kekalkan mood untuk mahu kepada 'sesuatu'.

Caranya dalam pilihan dan ditentukan pada cara pembawakan kita dalam kehidupan; berfikirlah.

Paling asas ialah tidak bercanggah dengan syara' dan seiringkan dengan kemampuan (ambil langkah yang paling baik untuk diri).

Jika kita dalam keadaan tertentu sama ada dihubungkan dengan tempat atau keadaan semasa, cuba 'beralih' sehingga berada ditempat selesa 'terus mampu' atau 'lari' daripada keadaan yang membuat kita hilang arah (tidak tenang).

Perkara yang paling besar memberi kesan pada kita adalah kesan daripada ilmu yang bertambah dan pengalaman yang 'berkongsi'. Rujuk pada yang berpengalaman dan berpengaruh dalam menentukan keputusan yang baik terutamanya dalam bidang ilmu.

Kemahuan bersama memberi tekanan yang positif kerana ia mempengaruhi keseimbangan emosi dan kelakuan. (perubahan yang dibuat bersama--> sama-sama berubah).
Jika tidak biasa dengan cabaran kehidupan, cuba stabilkan aura positif dan cari ilham serta tentukan jangka masa dan tempat. Ia melibatkan soal kemungkinan vs kemampuan. Formulanya, tentukan cara yang serasi dengan kebiasaan dan jika mampu, gilap kualiti diri dengan kepelbagaian cara yang melibatkan cabaran serta risiko kehidupan.

Contoh Situasi:
Ada sesetengah sahabat mungkin bersendiri di tempat tenang membuat 'dia' lebih berfikir, mengingati dan mendapat ilham.

Ada sesetengah sahabat suka bermasyarakat supaya dapat kurangkan stres kehidupan dan 'menyambil-nyambil' belajar skil dan tambahan yang lain. Dan dengan cara sebegitu, 'dia' memperolehi ilham yang lebih baik. (mungkin, dan pastikan ia sesuai dengan keadaan masalah yang dihadapi)

************************
Akhir kalam, tak salah jika mencuba dan mencuba ke arah kebaikan diri. Percayalah yang ANDA & SAHABAT mampu. ^__^ senyum pada masalah." Allah Lebih 'Cinta' Pada Orang Yang Kuat". Tabah dan sabarlah, kehidupan kita sementara.


Selasa, 11 Jun 2013

Reset Minda: "Menyampah Betul..!!! Geram 'aku' dengan perangai die ni la! Suka menyakitkan hati orang."('Bila Nak Berubah? Siapa..Awak? Saya? hmm..)

Bismillah walhamdulillah, terima kasih kepada sahabat-sahabat yang setia membaca 'tulisan' saya..
Panjang tajuk ni, agaknya apa yang saya ingin 'bebelkan'?

Suka saya untuk 'bawa' sahabat-sahabat berfikir akan suatu makna 'kekurangan dan kesempurnaan'. Apa bezanya? Alhamdulillah, sebenarnya saya 'mereka' tajuk yang agak panjang supaya mudah untuk saya letakkan fenomena dan apa yang saya ingin ketengahkan. Sebagai 'motivator' ('penjaga tepi kain'); saya selalu nak 'menyuruh orang' untuk SEDARLAH DENGAN KEKURANGAN SENDIRI, tetapi, bukankah seruan berdakwah itu untuk semua? Erm, sebenarnya saya lebih nak kata 'CUBA TERIMA DAN ATUR' dan ianya pasti dengan kemampuan yang kita miliki.

Pastinya tak semua orang miliki kemampuan untuk memahami suatu ilmu dan dicabangkan pengaruh ilmu itu dalam kehidupan. Ia memerlukan "Latihan Kesedaran". Pengamalan pada sebuah 'kesedaran' terkadang mampu meningkatkan pengalaman baru secara tidak langsung dan insya Allah 'ilmu dalaman' menyusul. Banyak perkara yang mahu diolah, namun, sebenarnya jika kita mahu suatu kualiti yang tinggi 'muncul' dalam diri kita, kita perlu usaha ke arah suatu latihan yang membentuk satu ''stamina'' kepada diri agar tidak mudah lemah dan boleh mengawal situasi yang mendatang.

Percaya atau tidak sahabat-sahabat, kita punya kekuatan luar biasa setelah berlaku 'proses perubahan dalam diri'. Sebab itulah dengan keterlibatan kita dalam program-program sama ada yang menambahkan kualiti pada ilmu ataupun pengalaman dalam mengurus serta menguasai keadaan.

*******************
Moga Allah tentukan kita generasi-genarasi ghuraba'.

Akhir kalam, mudahkan yang susah dengan cara yang betul dan terimalah suatu 'keburukan kehidupan' demi suatu kepentingan dalam mengejar mardhatillah.

Khamis, 6 Jun 2013

Pandangan Peribadi: Mengapa Syi'ah Satu Cabang Daripada 'Kenalan Islam', Mengapa Mereka Begitu TEGAR & KETERLALUAN?

Bismillah wal hamdulillah,  segala puji bagi Allah Tuhan semesta 'alam. Alhamdulillah setelah beberapa perkara menjadi perhatian, saya berasa 'teruji' apabila melihat keadaan sahabat-sahabat kita (keluarga islam) di Tanah 'Arab terutamanya bahagian-bahagian yang menguji ketahanan dan penderitaan mereka. Ya Allah, lama mana lagi 'kami' ingin sedar bahawa betapa pentingnya kita berdoa' dan berusaha. Merekalah hamba-hamba yang dimuliakanMu.

Tulisan yang saya ingin ketengahkan pada hari ini, memperlihatkan bingkisan 'slot'2 dan cara hidup 'Sahabat Se'ubudiyyah' Kita..iaitu "Adat & Fahaman Yang Salah" (Syi'ah). Tulisan ini lebih kepada unsur muhasabah.  Insya Allah, sedikit sebanyak usaha dan ketegangan yang ada membuat sedikit impak yang berkesan untuk dihayati. Hayatilah, inilah 'buah fikiran serta ilham yang diberikanNya' hari ini.


KEPENTINGAN MEREKA HANYA SEKADAR BAYANGAN

Gambar Hiasan
Boleh lihat pada link: http://inilah-bukti-kesesatan-syiah.blogspot.com/

Contoh Kelemahan:
(Lihat Gambar)

APA YANG HENDAK DITONJOLKAN HANYALAH 'KEMAMPUAN' & "ADAT TERBALIK"..DIMANA ARUS MEREKA DALAM PENANTIAN SEBUAH 'KERAJAAN'..?



SEPERTI MANA DALAM 'PERTENTANGAN' ISU DI SYIRIA, 'KELUARGA SEBANGSA' MEREKA DITINDAS SEDAHSYATNYA, APAKAH KEMAHUAN MEREKA? KEMAHUAN MEREKA HANYA LAH SEPERTI "GAMBAR DIATAS". APAKAH YANG SAHABAT-SAHABAT FAHAMI DARIPADA KEPERLUAN SEBEGINI..? TIADA PEGANGAN, ITULAH KEMAHUAN YANG TIADA PENJELASAN YANG LENGKAP.

ALANGKAH SEDIHNYA DUNIA KITA APABILA DUNIA HANYA SEKADAR 'DIPENGLIHATAN' (PAKAIAN AGAMA DAN HAK TERSENDIRI).

SEDARLAH SAHABAT-SAHABATKU YANG DIRAHMATI ALLAH SEKALIAN,
INILAH DUNIA KEMAHUAN MEREKA, TERJEMAHAN ILMU 'DINNYA & DUNIA' MEREKA TIDAK BERKEMAMPUAN MENGISI RAHMAT ALLAH DALAM HATI-HATI YANG PENUH DENGAN SYAHAWWAT DAN KEGELAPAN. 




KISAH PARA SAHABAT, SANGATLAH PENGAJARAN KEPADA KITA UMAT AKHIR ZAMAN.
JANGANLAH KERANA TA'ASUB KEPADA SE'JURUS' ILMU MEMBUAT KITA TEGAR & YAKIN BAHAWA PENENTUAN 'AKIDAH YANG BENAR DAN PENENTUAN ILMU YANG SOHIH ITU PADA KEMAMPUAN & 'ADAT TUNTUTAN KEHIDUPAN.



AKHIR KALAM, 

TENTUKAN 'WAJAH KEHIDUPAN' KITA, (DAPATKAN MARDHATILLAH)..

DAPATKAN PENGENALAN PADA SEBARANG BENTUK KEPERLUAN HIDUP, KEPERLUAN HIDUP BUKAN BERSAMA-SAMA DENGAN SEBUAH 'INSTITUSI TARBIYYAH (PENDIDIKAN) SAHAJA. SEBALIKNYA KEKAL DALAM KESATUAN KE ARAH SEBUAH KEBAIKAN & KESAKSAMAAN.

HIDUP KITA TIDAK TERLEPAS DARIPADA SEBARANG KE'AIBAN, JIKA KITA BERLEBIHAN DALAM SEBARANG URUSAN DUNIA, MAKA, PERTAHANKANLAH IA DENGAN 'KEMAMPUAN' (RASIONAL & ILMU). 

URUSILAH KEHIDUPAN KITA BERSAMA DENGAN ILMU, BUKAN PENGARUH & PERASAAN. 

*************************************
Mutiara Kata: Persoalan bukan jawapan, malah ia perkara yang 'harus' diurusi dan dikoreksi dengan sebuah pencarian yang tidak pernah sudah. Percaya dan akurlah dengan kebenaran, jangan dipertikaikan dengan keegoaan. 

Selasa, 28 Mei 2013

Payahnya..berzikir, macam mana ye?




Bismillah walhamdulillah, segala puji bagi Allah Tuhan semesta 'alam. Jazakumullah khairal jaza' buat sahabat-sahabat saya yang berkunjung ke blog serba ringkas ini. Alhamdulillah, hari ini saya masih diberi kesempatan untuk menulis sedikit perkongsian yang saya kira ia satu perkara yang selalu kita pandang 'enteng'. Ianya tidak mudah dan tidaklah terlalu sukar untuk diamalkan..("Zikir")


*****************************

"Hmm..mari kita masukkan elemen zikir dalam nasyid dan lagu.."
"Eh, mudahlah pulak nak 'serikan' industri 'muzik' ni dengan unsur kerohanian ye.."
"Wah, dalam tv dan internet pun ada 'tazkirah' ringkas.."

Sahabat-sahabat, pernah tak terfikir betapa besarnya rahmat Allah beri pada kita sebagai 'hamba Allah' yang dimuliakan dengan ni'mat-ni'mat ini?


Sahabat-sahabat yang dirahmati Allah sekalian,

Kita diingatkan oleh Allah dalam KalamNya yang berbunyi: (Surah al-Baqarah: 152)



  
152. oleh itu ingatlah kamu kepadaKu (dengan mematuhi hukum dan undang-undangKu), supaya Aku membalas kamu Dengan kebaikan; dan bersyukurlah kamu kepadaKu dan janganlah kamu kufur (akan nikmatKu).
Berdasarkan buku karangan Ustaz Ahmad Sonhadji; Tafsir al-Quran (al-'ibarul 'athir):

Ayat ini 'menyuruh' kita mengingati Allah, nescaya Allah kelak akan mengingati kita & mensyukuriNya serta jangan sekali-kali kufur atau dehaka kepadaNya.

Menurut pandangan ahli mufassirin, seruan mengingati Allah ini terbahagi kepada tiga bahagian, iaitu:

1.  Mengingati Allah dengan lisan; bertasbih, tahmid dan sebagainya, yang membawa maksud    memujiNya dan membesarkanNya dengan bacaan-bacaan lisan.

2.    Mengingati Allah dengan hati; memikirkan kebesaran dan kekuasaanNya yang terdapat pada tanda-tanda ciptaanNya serta sesuatu yang difikirkan boleh mendapat iktibar atau pengajaran daripadanya.

3.    Mengingati Allah dengan anggota tubuh; dengan amalan-amalan serta kerja yang diperintahkanNya seperti ibadah khusus (solat, zakat, puasa dll), berakhlak mulia dan sebagainya. (yang wajib)



*******************************

Sahabat-sahabat yang dikasihi,

Semua peringatan ini membuat kita ingat dan sedar siapa kita. Alangkah malangnya kita sebagai hamba tidak tahu erti sebuah pengabdian hidup setelah 'bersenang-senang dengan ni'mat Allah'. Sahabat, tidakkah dengan mengingati Allah itu hati-hati akan menjadi tenang?

Akhir kalam,
Tinggikanlah nilai kehidupan dengan beribadah kepadaNya. Ibadah itu luas maknanya. ^__^..