Selasa, 28 Mei 2013

Payahnya..berzikir, macam mana ye?




Bismillah walhamdulillah, segala puji bagi Allah Tuhan semesta 'alam. Jazakumullah khairal jaza' buat sahabat-sahabat saya yang berkunjung ke blog serba ringkas ini. Alhamdulillah, hari ini saya masih diberi kesempatan untuk menulis sedikit perkongsian yang saya kira ia satu perkara yang selalu kita pandang 'enteng'. Ianya tidak mudah dan tidaklah terlalu sukar untuk diamalkan..("Zikir")


*****************************

"Hmm..mari kita masukkan elemen zikir dalam nasyid dan lagu.."
"Eh, mudahlah pulak nak 'serikan' industri 'muzik' ni dengan unsur kerohanian ye.."
"Wah, dalam tv dan internet pun ada 'tazkirah' ringkas.."

Sahabat-sahabat, pernah tak terfikir betapa besarnya rahmat Allah beri pada kita sebagai 'hamba Allah' yang dimuliakan dengan ni'mat-ni'mat ini?


Sahabat-sahabat yang dirahmati Allah sekalian,

Kita diingatkan oleh Allah dalam KalamNya yang berbunyi: (Surah al-Baqarah: 152)



  
152. oleh itu ingatlah kamu kepadaKu (dengan mematuhi hukum dan undang-undangKu), supaya Aku membalas kamu Dengan kebaikan; dan bersyukurlah kamu kepadaKu dan janganlah kamu kufur (akan nikmatKu).
Berdasarkan buku karangan Ustaz Ahmad Sonhadji; Tafsir al-Quran (al-'ibarul 'athir):

Ayat ini 'menyuruh' kita mengingati Allah, nescaya Allah kelak akan mengingati kita & mensyukuriNya serta jangan sekali-kali kufur atau dehaka kepadaNya.

Menurut pandangan ahli mufassirin, seruan mengingati Allah ini terbahagi kepada tiga bahagian, iaitu:

1.  Mengingati Allah dengan lisan; bertasbih, tahmid dan sebagainya, yang membawa maksud    memujiNya dan membesarkanNya dengan bacaan-bacaan lisan.

2.    Mengingati Allah dengan hati; memikirkan kebesaran dan kekuasaanNya yang terdapat pada tanda-tanda ciptaanNya serta sesuatu yang difikirkan boleh mendapat iktibar atau pengajaran daripadanya.

3.    Mengingati Allah dengan anggota tubuh; dengan amalan-amalan serta kerja yang diperintahkanNya seperti ibadah khusus (solat, zakat, puasa dll), berakhlak mulia dan sebagainya. (yang wajib)



*******************************

Sahabat-sahabat yang dikasihi,

Semua peringatan ini membuat kita ingat dan sedar siapa kita. Alangkah malangnya kita sebagai hamba tidak tahu erti sebuah pengabdian hidup setelah 'bersenang-senang dengan ni'mat Allah'. Sahabat, tidakkah dengan mengingati Allah itu hati-hati akan menjadi tenang?

Akhir kalam,
Tinggikanlah nilai kehidupan dengan beribadah kepadaNya. Ibadah itu luas maknanya. ^__^..





Isnin, 27 Mei 2013

Pengalaman & Keperluan Kehidupan


Pandangan Awal

Pengalaman dan keperluan kehidupan sinonim dengan  manusia secara amnya. Walaupun demikian, ia adalah  'subjek dan objek' yang memberi nilai pada sebuah anugerah Allah ke atas kita sebagai hambaNya.


Kepentingan Pengalaman & Keperluan Kehidupan


Pengalaman merupakan salah satu daripada keperluan kehidupan. Dengan pengalaman, manusia mampu memperbaiki sesebuah situasi yang dihadapi dengan lebih baik. Setahu kita, 'orang berumur yang lebih makan garam daripada orang muda'; pengalaman umur membuatkan manusia mempelajari sesuatu daripada situasi tertentu.

Pengalaman kebiasaannya membabitkan risiko dan kesan sama ada dalam jangka masa yang panjang ataupun sebaliknya. Walau bagaimanapun, elemen 'pengurusan' mampu mendisiplinkan sesuatu perkara yang hendak ditangani menjadi lebih baik dan terurus.

Pengalaman dalam masa memberi definisi berbeza dengan pengalaman dalam 'pengaruh pembelajaran' (bidang ilmu yang diterajui). Kedua-duanya satu alat yang sangat penting dalam mengurus sesebuah kehidupan. Ia memperlihatkan kematangan dan kecekapan mengurus. Pengaruh 'kebiasaan' amat berkesan terhadap keyakinan diri serta profesionaliti sebagai 'bahan keperluan diri' sehingga menjadikan tindakan manusia hebat dan 'berkesan' (memberi kesan dan pengaruh yang baik).


Kesimpulan

Manusia yang berguna adalah manusia yang sentiasa memperkayakan ilmu (sama ada secara formal atau tidak formal) dan memperbaiki keadaan dengan 'alat kehidupan'. Justeru, pengalaman mematangkan cara dan ilmu memperbetulkan keyakinan. Gunalah 'alat kehidupan' (pengalaman + ilmu) sebagai satu mekanisme ke arah kehidupan yang berkualiti.

Apa yang penting?
Pastikan Hidup Kita Adalah Untuk Pengabdian Kepada-Nya.

Assalamualaikum Sahabat..




Prakata
Alhamdulillah 'ala nia'mihi..

Assalamualaikum sahabat-sahabat yang berkunjung ke blog serba ringkas. Alhamdulillah, pada hari ini saya ingin menulis sedikit sebanyak perkara di blog baru saya.

Perancangan awal, insya Allah saya akan memilih untuk menulis berkenaan dengan pandangan peribadi saya terhadap sesuatu perkara yang saya fikirkan ianya baik untuk peribadi dan umum. Mungkin ianya agak awal untuk 'berpandangan sendiri', namun, saya fikir ia tidak salah malah mungkin tercetus satu ilham dan sebaiknya ia sebagai satu inspirasi. Walau bagaimanapun, wallahua'lam.


Di permulaan bicara saya disini, saya lebih suka untuk memperkenalkan nama pena saya; Ana Syaafi. Alhamdulillah, sedikit ganjil bila menggunakan nama sebigini kerana ia ibarat merunjuk kepada sebuah 'kuasa' (kuasa Sang Pemilik). Namun, bukanlah rujukan itu satu 'rujukan penuh', sebaliknya ia adalah satu kecenderungan pada 'kelebihan' yang Allah 'pinjamkan'.

Alhamdulillah, jika hendak difikirkan bagaimana 'kebolehan' itu 'terjadi', ianya ibarat 'terkisah sendiri'. Tambahan pula, minat untuk menjadi orang yang mampu mengubati orang yang sakit, berpadanan dengan nama sendiri 'Penawar'.

Akhir kata, terima kasih kerana sudi membaca blog saya.