Isnin, 27 Mei 2013

Pengalaman & Keperluan Kehidupan


Pandangan Awal

Pengalaman dan keperluan kehidupan sinonim dengan  manusia secara amnya. Walaupun demikian, ia adalah  'subjek dan objek' yang memberi nilai pada sebuah anugerah Allah ke atas kita sebagai hambaNya.


Kepentingan Pengalaman & Keperluan Kehidupan


Pengalaman merupakan salah satu daripada keperluan kehidupan. Dengan pengalaman, manusia mampu memperbaiki sesebuah situasi yang dihadapi dengan lebih baik. Setahu kita, 'orang berumur yang lebih makan garam daripada orang muda'; pengalaman umur membuatkan manusia mempelajari sesuatu daripada situasi tertentu.

Pengalaman kebiasaannya membabitkan risiko dan kesan sama ada dalam jangka masa yang panjang ataupun sebaliknya. Walau bagaimanapun, elemen 'pengurusan' mampu mendisiplinkan sesuatu perkara yang hendak ditangani menjadi lebih baik dan terurus.

Pengalaman dalam masa memberi definisi berbeza dengan pengalaman dalam 'pengaruh pembelajaran' (bidang ilmu yang diterajui). Kedua-duanya satu alat yang sangat penting dalam mengurus sesebuah kehidupan. Ia memperlihatkan kematangan dan kecekapan mengurus. Pengaruh 'kebiasaan' amat berkesan terhadap keyakinan diri serta profesionaliti sebagai 'bahan keperluan diri' sehingga menjadikan tindakan manusia hebat dan 'berkesan' (memberi kesan dan pengaruh yang baik).


Kesimpulan

Manusia yang berguna adalah manusia yang sentiasa memperkayakan ilmu (sama ada secara formal atau tidak formal) dan memperbaiki keadaan dengan 'alat kehidupan'. Justeru, pengalaman mematangkan cara dan ilmu memperbetulkan keyakinan. Gunalah 'alat kehidupan' (pengalaman + ilmu) sebagai satu mekanisme ke arah kehidupan yang berkualiti.

Apa yang penting?
Pastikan Hidup Kita Adalah Untuk Pengabdian Kepada-Nya.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan