Selasa, 28 Mei 2013

Payahnya..berzikir, macam mana ye?




Bismillah walhamdulillah, segala puji bagi Allah Tuhan semesta 'alam. Jazakumullah khairal jaza' buat sahabat-sahabat saya yang berkunjung ke blog serba ringkas ini. Alhamdulillah, hari ini saya masih diberi kesempatan untuk menulis sedikit perkongsian yang saya kira ia satu perkara yang selalu kita pandang 'enteng'. Ianya tidak mudah dan tidaklah terlalu sukar untuk diamalkan..("Zikir")


*****************************

"Hmm..mari kita masukkan elemen zikir dalam nasyid dan lagu.."
"Eh, mudahlah pulak nak 'serikan' industri 'muzik' ni dengan unsur kerohanian ye.."
"Wah, dalam tv dan internet pun ada 'tazkirah' ringkas.."

Sahabat-sahabat, pernah tak terfikir betapa besarnya rahmat Allah beri pada kita sebagai 'hamba Allah' yang dimuliakan dengan ni'mat-ni'mat ini?


Sahabat-sahabat yang dirahmati Allah sekalian,

Kita diingatkan oleh Allah dalam KalamNya yang berbunyi: (Surah al-Baqarah: 152)



  
152. oleh itu ingatlah kamu kepadaKu (dengan mematuhi hukum dan undang-undangKu), supaya Aku membalas kamu Dengan kebaikan; dan bersyukurlah kamu kepadaKu dan janganlah kamu kufur (akan nikmatKu).
Berdasarkan buku karangan Ustaz Ahmad Sonhadji; Tafsir al-Quran (al-'ibarul 'athir):

Ayat ini 'menyuruh' kita mengingati Allah, nescaya Allah kelak akan mengingati kita & mensyukuriNya serta jangan sekali-kali kufur atau dehaka kepadaNya.

Menurut pandangan ahli mufassirin, seruan mengingati Allah ini terbahagi kepada tiga bahagian, iaitu:

1.  Mengingati Allah dengan lisan; bertasbih, tahmid dan sebagainya, yang membawa maksud    memujiNya dan membesarkanNya dengan bacaan-bacaan lisan.

2.    Mengingati Allah dengan hati; memikirkan kebesaran dan kekuasaanNya yang terdapat pada tanda-tanda ciptaanNya serta sesuatu yang difikirkan boleh mendapat iktibar atau pengajaran daripadanya.

3.    Mengingati Allah dengan anggota tubuh; dengan amalan-amalan serta kerja yang diperintahkanNya seperti ibadah khusus (solat, zakat, puasa dll), berakhlak mulia dan sebagainya. (yang wajib)



*******************************

Sahabat-sahabat yang dikasihi,

Semua peringatan ini membuat kita ingat dan sedar siapa kita. Alangkah malangnya kita sebagai hamba tidak tahu erti sebuah pengabdian hidup setelah 'bersenang-senang dengan ni'mat Allah'. Sahabat, tidakkah dengan mengingati Allah itu hati-hati akan menjadi tenang?

Akhir kalam,
Tinggikanlah nilai kehidupan dengan beribadah kepadaNya. Ibadah itu luas maknanya. ^__^..





Tiada ulasan:

Catat Ulasan