Selasa, 11 Jun 2013

Reset Minda: "Menyampah Betul..!!! Geram 'aku' dengan perangai die ni la! Suka menyakitkan hati orang."('Bila Nak Berubah? Siapa..Awak? Saya? hmm..)

Bismillah walhamdulillah, terima kasih kepada sahabat-sahabat yang setia membaca 'tulisan' saya..
Panjang tajuk ni, agaknya apa yang saya ingin 'bebelkan'?

Suka saya untuk 'bawa' sahabat-sahabat berfikir akan suatu makna 'kekurangan dan kesempurnaan'. Apa bezanya? Alhamdulillah, sebenarnya saya 'mereka' tajuk yang agak panjang supaya mudah untuk saya letakkan fenomena dan apa yang saya ingin ketengahkan. Sebagai 'motivator' ('penjaga tepi kain'); saya selalu nak 'menyuruh orang' untuk SEDARLAH DENGAN KEKURANGAN SENDIRI, tetapi, bukankah seruan berdakwah itu untuk semua? Erm, sebenarnya saya lebih nak kata 'CUBA TERIMA DAN ATUR' dan ianya pasti dengan kemampuan yang kita miliki.

Pastinya tak semua orang miliki kemampuan untuk memahami suatu ilmu dan dicabangkan pengaruh ilmu itu dalam kehidupan. Ia memerlukan "Latihan Kesedaran". Pengamalan pada sebuah 'kesedaran' terkadang mampu meningkatkan pengalaman baru secara tidak langsung dan insya Allah 'ilmu dalaman' menyusul. Banyak perkara yang mahu diolah, namun, sebenarnya jika kita mahu suatu kualiti yang tinggi 'muncul' dalam diri kita, kita perlu usaha ke arah suatu latihan yang membentuk satu ''stamina'' kepada diri agar tidak mudah lemah dan boleh mengawal situasi yang mendatang.

Percaya atau tidak sahabat-sahabat, kita punya kekuatan luar biasa setelah berlaku 'proses perubahan dalam diri'. Sebab itulah dengan keterlibatan kita dalam program-program sama ada yang menambahkan kualiti pada ilmu ataupun pengalaman dalam mengurus serta menguasai keadaan.

*******************
Moga Allah tentukan kita generasi-genarasi ghuraba'.

Akhir kalam, mudahkan yang susah dengan cara yang betul dan terimalah suatu 'keburukan kehidupan' demi suatu kepentingan dalam mengejar mardhatillah.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan