Rabu, 12 Jun 2013

"Tak Terlambat Jika 'Mahu'......"

                                                                   بسم الله الرحمن الرحيم


Alhamdulillah, hari ini Allah beri kesempatan buat diri untuk menulis sedikit coretan "Tak Terlambat Jika 'Mahu'...."

Seperti kebiasaannya, setiap manusia ada kemampuan untuk berubah. Tapi, bagaimana kita nak alirkan kemahuan kita seiring dengan kemampuan kita supaya dapat kekalkan mood untuk mahu kepada 'sesuatu'.

Caranya dalam pilihan dan ditentukan pada cara pembawakan kita dalam kehidupan; berfikirlah.

Paling asas ialah tidak bercanggah dengan syara' dan seiringkan dengan kemampuan (ambil langkah yang paling baik untuk diri).

Jika kita dalam keadaan tertentu sama ada dihubungkan dengan tempat atau keadaan semasa, cuba 'beralih' sehingga berada ditempat selesa 'terus mampu' atau 'lari' daripada keadaan yang membuat kita hilang arah (tidak tenang).

Perkara yang paling besar memberi kesan pada kita adalah kesan daripada ilmu yang bertambah dan pengalaman yang 'berkongsi'. Rujuk pada yang berpengalaman dan berpengaruh dalam menentukan keputusan yang baik terutamanya dalam bidang ilmu.

Kemahuan bersama memberi tekanan yang positif kerana ia mempengaruhi keseimbangan emosi dan kelakuan. (perubahan yang dibuat bersama--> sama-sama berubah).
Jika tidak biasa dengan cabaran kehidupan, cuba stabilkan aura positif dan cari ilham serta tentukan jangka masa dan tempat. Ia melibatkan soal kemungkinan vs kemampuan. Formulanya, tentukan cara yang serasi dengan kebiasaan dan jika mampu, gilap kualiti diri dengan kepelbagaian cara yang melibatkan cabaran serta risiko kehidupan.

Contoh Situasi:
Ada sesetengah sahabat mungkin bersendiri di tempat tenang membuat 'dia' lebih berfikir, mengingati dan mendapat ilham.

Ada sesetengah sahabat suka bermasyarakat supaya dapat kurangkan stres kehidupan dan 'menyambil-nyambil' belajar skil dan tambahan yang lain. Dan dengan cara sebegitu, 'dia' memperolehi ilham yang lebih baik. (mungkin, dan pastikan ia sesuai dengan keadaan masalah yang dihadapi)

************************
Akhir kalam, tak salah jika mencuba dan mencuba ke arah kebaikan diri. Percayalah yang ANDA & SAHABAT mampu. ^__^ senyum pada masalah." Allah Lebih 'Cinta' Pada Orang Yang Kuat". Tabah dan sabarlah, kehidupan kita sementara.


Tiada ulasan:

Catat Ulasan