Khamis, 13 Jun 2013

"Rujukan Daripada Sekeping Kertas": Mengubah Diri Menerusi Iktibar 'Hijrah'

Bismillah walhamdulillah, catatan terakhir tentang "Bagaimana 'Mahu itu' Menjadi Satu Tuntutan".

Melihat pada pandangan alam daripada sudut berbeza (wajah kehidupan); Kenapa Kita Perlu Berubah. Nota ringkas ini membuat kita akui akan suatu suratan "Takdir" yang tidak akan terlepas untuk kita ambil iktibar daripadanya. Disini, saya masukkan sedikit 'akuran minda' hasil nota yang saya dapat. Sahabat-sahabat yang dikasihi, antara sebab-sebab "Mengapa Kita Perlu Berubah" ialah:

* Mati itu pasti
* Sakit mendatang
* Miskin menyebabkan kufur
* Kaya yang menyusahkan
* Usia panjang (nyanyuk)




Nota-nota ini mengingatkan saya tentang apa yang telah rasulullah 'sunnahkan' pada ummatnya. Teringatkah sahabat akan suatu kisah dimana rasulullah mendoakan baginda agar Menjadi Miskin?

Terlalu banyak fadhilat dan pengajaran daripada sunnah dan sirah baginda s.a.w. yang 'perlu' kita dalami dan fahami agar menjadi khalifah Allah yang benar.

*********************************

Syarat-Syarat Perubahan





1. Iman asas perubahan

Peristiwa Hijrah:
* Pembinaan akidah sebelum hijrah di rumah al-Arqam bin Abi Al-Arqam
* Kekuatan Asma' Bt Abu Bakar sanggup meredah kegelapan dan mendaki gua Tsur

Pengajaran:
Iman membuat manusia (hamba Allah) mampu menjadi kuat walaupun fizikal dilihat lemah.

2.  Mujahadah (Kesungguhan)

Peristiwa Hijrah:
* Ummu Salamah bersama anaknya salamah mengharungi padang pasir sejauh lebih 400km.

Pengajaran:
Kesungguhan membuat kita tetap dalam pendirian dan tidak mahu mengalah.

3.  Sunnah Rasulullah

Peristiwa Hijrah:
* Kisah Kecintaan Abu Bakar As Siddiq di dalam gua Tsur.
* Cara berjalan Abu Bakar ketika menempuh perjalanan ke Yathrib (Madinah)
* Limpahan Keberkatan di Kampung Ummu Ma'bad

Pengajaran:
Sirah Rasulullah menjadi tarbiyyah rohani dan memperlihatkan pengaturan strategi yang dipanggil plan jangka masa @ siasah serta  kemukjizatan nabi Muhammad s.a.w. membenarkan segalanya tentang rasulullah.

4.  Yakin Dengan Pertolongan Allah

Peristiwa Hijrah:
* Janji Rasulullah kepada Suraqah Bin Malik (boleh lihat penjelasan sirah oleh Dr Maza)

<a href="http://youtu.be/5t-Pf5nBM8E"></a>

Pengajaran:
Walaupun perkara yang dijanjikan oleh rasulullah itu perkara yang belum terjadi, tetapi kerana "Janji Allah Itu Pasti' membuat rasulullah meneruskan 'perjanjian' dengan cara yang memperlihatkan sebuah kemenangan dan peroleh janji yang benar daripada orang yang terpercaya.

5.  Redha Dan Sabar Dengan Ujian

Peristiwa Hijrah:
* Ujian sunnatullah dalam sebuah perubahan. (perjuangan dalam kehidupan)
* Ujian yang menjanjikan kesenangan di akhirat (negeri penuh ni'mat dan tiada penghujung)

Pengajaran:
Setiap kesusahan dan kesenangan di dunia bersifat sementara dan ni'mat disebalik kepayahan itu penuh dengan keni'matan setelah kita 'akui dan percaya sesungguh-sungguhnya' Bahawa Redha dan Sabar itu ubat pada ujian yang dialami dalam kehidupan setiap insan.

Percaya setiap sesuatu punya imbalan yang Allah limpahkan melalui rahmat dan rahimNya Allah.

6.  Pengorbanan

Peristiwa Hijrah:
* Suhaib Ar Rumi korbankan harta

Pengajaran:
Jika kita benarkan sesuatu asas sebuah kebenaran, pasti ada rintangan yang kita alami. Namun, percayalah setiap pengorbanan yang dilakukan adalah tarbiyyah buat diri dan penilaian buat hari 'esok'.

7.  Istiqamah

Peristiwa Hijrah:
* Pembinaan Masjid, Mempersaudarakan muhajirin dan ansar dan pembentukan piagam madinah.

Pengajaran:
Ukhuwwah dan Persaudaraan dapat dibina bila ada dasar akidah atas pengubudian yang 'satu' (Allah).
Masjid tanda kesatuan dan syiar Islam. Teguhkan hati dengan kesatuan akidah yang sejahtera.



Tiada ulasan:

Catat Ulasan